Step bagaimana nak SETELKAN INSTALLMENT kereta ANDA

  • KEKAYAAN BOCOR KERANA KERETA
  • UMUR PERSARAAN DILANJUTKAN KERANA HUTANG KERETA-

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan….? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. Dlm fikiran graduan yg baru kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt Altis, Jazz, Crv, Honda Civic, Subaru XV, Elantra, Cerato, Accord, Jetta, Golf dll kereta yg nampak ada ‘standard’ supaya imej bertambah di mata org keliling.

Tapi apa yg ramai tak nampak bahawa 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. Angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month, iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk bayar kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg datang bersama kereta tu.

Instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi keta tersadai kat parking, jarang2 drive sbb tak cukup duit petrol). Keta mahal dah tentu engine oil pakai fully sentetik ada brand…takkan nak pakai minyak enjin murah takda brand? sayang enjin keta tu.

Ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira instalment. Tapi lupa nak masukkan belanja insuran, road tax, petrol & regular service. Lupa nak kira kos insuran utk kereta berharga 90k-150k? Tak arif perihal kos roadtax kereta saiz 2.0 liter? RM450 road tax saja. Insuran pulak 3k-4k. Lupa nak masukkan semua tu dlm kira2 masa beli kereta? Kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. Kad kredit swipe dulu. Bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. Payment kad kredit postpone lagi. hehe ..

Keta hebat takkan nak pakai tayar murah right? Keta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. Kereta berjenama ni gamak ke nak pakai tayar brand yg teksi pakai? jatuh la stendet. Atau takkan drive Camry pakai tayar seken hand? Malu kat budak2 kedai tayar. hehehe…. Kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah ‘kebocoran’ sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.

Kebocoran tanpa sedar. kerana bila kereta hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua tapi bg duit raya sama mcm yg memandu Altis/Accord/CRV. so bila dah berkereta ‘hebat’ ni, secara otomatik banyak tekanan sekeliling yg meminta supaya dia keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan.

Keta mahal sure kena hantar car wash selalu, takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta pun mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mahal dari kedai biasa. Bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton/perodua nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe… maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan ‘bocor’ angkara kereta… semata2 nak jaga gaya mutu & keunggulan.

Normal lah klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu… which is very2 costly. hehehe. Apa nak buat… sudah terlanjur.

Ramai org suka kereta. Kereta boleh represent tahap ekonomi seseorg dan imej. Juga kerana hobi. Utk suasana hari ini, pada pemikiran byk orang, jenis kereta blh mengelakkan seseorang dari dipandang rendah oleh org keliling, terutama time balik raya & time nak attend reunion kwn2 sekolah & kwn2 universiti.

Kereta dikatakan 1st impression nak bagi org tengok kita datang naik apa. Imagine kita sampai satu2 majlis dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Persona second hand. Kononnya malu dgn rakan sebaya sbb kereta kurang bergaya. Ada saving byk, ASB penuh laki bini, rumah byk, property byk org tak nampak. Sebab aset2 itu tidak boleh diusung ke sana ke mari spt kereta. Cerita pun org tak percaya. dan sikap segelintir masyarakat… ada rasa hormat bila bersembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn bsembang dgn mamat berkereta saga BLM. Ini menyebabkan mrk berazam berhutang byk2 utk kereta berjenama.

Tanyalah mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad. Buat hutang kereta 9 tahun sudah pasti, so terperangkaplah dia for the next 9 yrs. Kereta tu selepas 9 thn jadi besi buruk, susut nilai 90%. Hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & ‘pakej-pakejnya’. Byk investment opportunity lost for the next 9 yrs. Lepas 7/9 thn mesti nak tukar kereta lg. Sbb keta lama dah hilang gempaknya. Maka berhutang lagi 9 tahun.

Klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. Masa tu baru terpikir berapa lama lg aku nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. Org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an melayan hobi, kita pikir nak kerja 10 tahun lagi utk bayar hutang. Umur dah 50-an tapi hari2 masih redah traffic jam. Umur 50-an masih hadap stress di tempat kerja. Dah tua2 masih kena marah dgn boss, kena tekan dgn peers yg jauh lebih muda.

Dan yg paling malang………………………………. byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Persona seken hand malu, pinjam duit kawan tak malu. Liat pulak tu nak bayar. Demi kereta sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. Malah pinjam pulak duit org tua.

Ramai sanggup spend beribu tiap2 bulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. Rupanya kereta dia lagi penting.

Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah mrk demi kereta.

Credit Oh Media

-END-

http://bitcoinrealinvestment.blogspot.com/2020/01/tips-setelkan-installment-bulanan-kereta.html

#since2017

#b4upower

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s